//WANNA SEE MY PEACOCK?
Off Topic : Abang Long Fadil
5 Jun 2014 @ Thursday, June 05, 2014 | 0 notes

Dah lama x update kat sini, tetibe nak update ni dah kenapa?
Haha tah la..tapi aku mmg kene luahkan perasaan dan fikiran aku kat sini pasal filem Abang Long Fadil ni..
Hari ni aku decide nak tgk Abang Long Fadil, filem malaysia ke dua tahun ni aku tgk selepas Kami Histeria..
Nak tgk pun sebab baca review yg sangat sangat memuji filem Abang Long Fadil ini..
So aku pun curios la best ke tidak cite ni and so here are my thoughts..

        But before that, a bit background about the film. Abang Long Fadil ni cerita Skop Production arahan Syafiq Yusof (Anak Yusof Haslam, Adik Syamsul Yusof). Filem ni boleh dikatakan spin-off drpd filem KL Gangster. Pelakon utama filem ni ialah Zizan Razak. Overall aku suka filem ni dan aku nampak potensi besar dalam filem ni. Seriously. 


     Firstly, aku suka jalan cerita dia. Memang solid, bagus dan sangat believable. Jalan cerita dia pasal satu kampung ni yang "dijajah" oleh gangster sangat dipercayai. Tambahan lagi cerita pasal sejarah kampung ni dulu ada 3 orang hero yang jadi "hero" kat kampung ni adalah sangat sangat baik dan ada potensi. Sebab memang jarang aku rasa ada cerita Malaysia yang dapat buat jalan cerita yang sangat dipercayai bila ditonton. Tapi Abang Long Fadil berjaya buat jalan cerita yg sangat kukuh dan mmg kita percaya bila tengok filem ni.

      Tapi, aku rasa jalan cerita ni dicemarkan dengan benda-benda cliché dan tipikal filem Melayu sekarang ni yang aku rasa semua orang dah muak dan patut dikuburkan macam Gangsterism dan Komedi slapstilk. Gangsterism memang jadi perkara utama Abang Long Fadil dan ia juga selling point filem ni. Komedi Slapstik pula ada tapi tak over sampai menjengkelkan.

      Sebenarnya Abang Long Fadil dapat berdiri sendiri tanpa mengetengahkan gangsterism dan komedi sebagai selling point filem ini. Sebenarnya, filem ni kalau takde sangkut-paut dengan filem KL Gangster pun takpe. Sebenarnya, kalau takde zizan dalam ni pun takpe. Sebenarnya, filem ni kalau takde Aaron Aziz pun takpe. Zinzan aku rasa bukan hero sebenar dalam filem ni. Zizan ada pun sebab jadi daya penarik untuk orang tengok. Aaron Aziz pula, setakat ada buat cameo untuk beberapa scene pun takde function! Diorang ni ada dalam filem ni sebab nak menjual filem ni dengan populariti diorang sahaja.
     
     Kenapa aku cakap filem ni ada potensi? Filem ni kalau diberi peluang dan buat betul-betul dia ada potensi jadi lagi best. Kalau kurangkan komedi, gangster tu semua dan jadi kan filem ni satu filem yang dark dan serious mesti epic gilaaa. Ambil contoh The Dark Knight/The Dark Knight Rises. Tapi sayang, filem Malaysia dan Melayu umumnya kena ada gangster, rempit, bomoh tu semua baru dikira filem yang boleh diterima oleh masyarakat. Come on la, aku dah penat dgn cerita tu semua! Filem ni ada potensi!

     Pertengahan filem ni, aku berharap sangat filem ni jadi satu filem superhero. Tapi tak. Aku nampak ada peluang untuk filem ni jadi satu filem team up superhero. Aku harapkan Kamal Adli dan 2 orang anak didik Yassin Senario tu (dan mungkin zizan juga) boleh jadi mcm satu team hero ala-ala Xmen or Avengers sebab diorang takde la super power tapi filem ni tunjuk yg diorang ni ada power yg mcm lain dari yg lain. Haha. Kamal Adli punya fught scene memang best (dan awesome?). Aku lagi suka tengok dia berlawan daripada berlakon. Mungkin Malaysia tak dapat buat filem sebesar filem-filem superhero Hollywood macam Iron Man/Avengers/Xmen. Filem Cicakman, Kapoww dan Mantera adalah filem Superhero Malaysia yang aku rasa epic fail. Mungkin sebab filem superhero ni perlukan CGI dan kos yang mahal. Tetapi Abang Long Fadil dapat beri satu idea yang mungkin filem superhero kat Malaysia ni tak perlukan power yang over sangat. Just tunjukkan "power" melalui martial arts kat Malaysia ni. Pergi tengok Filem ni baru tahu mcm mana power yang aku maksudkan. Haha.

      Abang Long Fadil ada menggunakan Special Effects dan CGI. Ada babak yang menjadi dan ada yang nampak fake and murah gila effects dia. Ada satu scene CGI yang ada Bumblebee dalam filem ni yang aku rasa not bad. Pretty impressive. Tapi aku rasa filem Malaysia tak ready untuk buat filem CGI besar-besaran yang setanding filem Hollywood. Biarlah buat CGI sikit-sikit yang nampak cantik daripada CGI yang banyak dan buruk (Mantera).

      Ada babak dalam Abang Long Fadil yang aku rasa pelik dan macam ada potensi. Masa Zizan dikelilingi dengan watak daripada filem-filem Skop Production - KL Drift, KL Gangster, Bohsia, Gerak Khas.
Scene ni sebenarnya takde kene mengena pun dengan jalan cerita filem ni. Aku rasa Syafiq Yusof macam nak buat satu Universe Skop Production macam Marvel Universe di mana semua watak dan cerita filem ni ada hubung kait atau semua filem ni jadi dalam satu dunia yang sama (atau mungkin diorang saja letak scene ni sebab nak tunjuk branding filem-filem Skop Production). Maybe yes, maybe not. Tapi agak awesome kalau benda ni betul!

   Konklusinya, aku rasa pelik kenapa kau nak kena buat blogpost pasal benda ni. Tapi, aku suka Abang Long Fadil. Mungkin aku yang over sangat nak kan satu filem team up superhero kat Malaysia ni sebab Abang Long Fadil ni boleh jadi filem macam tu. Ending dia pun macam ada harapan. So, we'll see. Harap lepas ni kurangkanlah filem gangster, komedi, rempit, bomoh ni semua. :)